Wednesday, April 14, 2010

Nak cari kayu... nak cari kayu....













Hi all,

hmm now dah kul 0030 dah.. patutnya macam nak masuk tido tadi, tapi punya lah excited sebab at last ada blog sendiri terus tak jadik tido dulu.. nak pusing2 surf2 belajar dari blog2 yang dah sedia ada dan yang dah maju hualalalalaaa salam TokGuru2 sekalian, anak murid tumpang belajar :D


plan asal nak tido awal sebab banyak benda nak buat esok nih, biasalaa kalau dah nama keje sendiri tuh jadual pun buat sendiri, nak kena disiplin sendiri (bab nih yang paling susah) sebab tade orang nak marah suh buat itu ini..

dalam banyak2 benda yang nak buat esok, ada beberapa event yang paling dinanti2, salah satunya nak latih bebudak SMKKB ragbi kul 530 petang esok.. yang jadik thrill event nih sebab hari jumaat nih dah start Ragbi U-18 MSSD Kulai, kiranya esok nih hari terakhir laa nak training sebelum tournament tuh, esok jugak baru nak buat selection.. teringat zaman2 sekolah masa main ragbi dulu, then masa kat U pun ada main gak.. ada 2-3 orang member masa kat U dah main sampai tercalon untuk mewakili negara (tumpang bangga beb!) congrats to Ami, Arom ngan Naili ;)

last2 Ami tak dapat join selection tuh sebab ankle dia injured 2 hari sebelum kem Malaysia tuh, Arom terpilih untuk mewakili Malaysia tapi company dia tak kasik pelepasan cuti plak untuk game kat Singapore (isk ko tukar company je la), Naili je yang takde aral, now dia dah ada kat Singapore pun untuk HSBC's Asian 5 Nations (aku kalau bleh nak pegi sana Naili tapi banyak keje laa hehehe - alasan lagik!)

tu laa ada orang cakap, kalau nak buat sesuatu tuh biar all out, biar sampai ke tahap yang tertinggi.. disiplin ngan fokus tuh yang penting.. jangan main semua benda nak buat, tapi semua pun buat separuh hati jek (macam terkena kat hidung sendiri lak rasanya) ahahahhaha

ok lah geng.. esok nak carik kayu, tido dulu yek!

nite all~~~
h@nYu

( isk apsal gambar tuh duk atas lak, nak letak kat tengah2 sebenarnya!! haihh takpe2 belajar lagik camne caranya :D )

No comments:

Post a Comment