Thursday, April 15, 2010

Universiti ke Kolej??

Salam all ;)

well now dah pertengahan bulan april, so bebudak yang amik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas pun dah dapat keputusan last month (Mac).. skang nih mesti adik2 tuh tengah bekira2 nak sambung belajar kat mana plak pasnih.. ada gak antaranya yang terus nak masuk alam pekerjaan, kiranya dah malas dah nak ngadap buku nih.. bleh je, tak salah tuh, tapi kalau ada peluang baik sambung belajar dik, untuk masa depan gak, bukannya lama 3-4 tahun jek lagik.. apa pun keputusan yang korang buat, aku ucapkan all the best..

topik yang aku nak bincangkan nih bukan pasal sama ada bebudak nih patut sambung belajar ke atau terus keje ke.. tapi topik aku kali nih nak ajak korang pikir, yang mana lagik ok untuk bebudak nih sambung belajar?? masuk Universiti ke atau Kolej???? apa bezanya??

hehe kalau korang memang dah sedia terdedah ngan alam higher education nih, persoalan yang timbul nih mesti macam ntahhapahapa punya topik laa mamat Hanyu nih nak sembang kan.. mesti korang pun dah ada jawapannya pada persoalan nih.. aku dulu pun kalau diajukan soalan nih mesti macam "mende soalan ko nih" sebab dah terang2 jawapannya..

tapi jangan tekejut memang yang akan tanya "kenapa masuk Kolej? kenapa tak masuk U?? U kan lagik bagus.." hmm takleh laa salahnya depa nih sebab mungkin depa tak terdedah ngan alam higher education dan dengar2 orang cakap jek..

memang ada bezanya Kolej ngan Universiti.. ohh sebelum tuh, aku nak cakap yang ini hanyalah pendapat aku, so tak semestinya betul, jangan main tibai jek.. kalau ada apa2 yang korang rasa tak betul tuh tolong laa betulkan yek! ok sambung, memang ada bezanya Kolej ngan Universiti.. rata2 Universiti adalah Universiti Kerajaan, ada gak yang swasta tapi tak banyak contohnya MMU, Uniten, UTP.. Kolej plak rata2 nya Swasta heheheheee so apa bezanya?? mestilah ongkosnya, kos untuk belajar tuh.. mana yang lagik bagus?? sama jek bagi aku, terpulang pada individu yang belajar tuh laa, ada jek student IPTA yang gempak, ada jugak yang mangkuk.. sama jek ngan IPTS pun ada yang gempak ada yang mangkuk.. maksudnya Universiti ke Kolej ke sama jek bagusnya.. tapi!!

haa ada tapinya, emm kita amik contoh Hospital Kerajaan ngan Hospital Swasta yek.. contoh yang aku nak kasik nih kes sakit jantung.. kalau gi hospital swasta kena kos dalam RM40,000.00 untuk buat pembedahan bypass tapi kalau pegi kat hospital kerajaan tak sampai pun jumlah tuh kosnya.. padahal sama jek dua2 pun bypass!! tapi sebab hospital kerajaan nih murah, so ramai giler orang2 yang mendapatkan rawatan kat sana, ada kemungkinan kualitinya akan sikit kurang, dan barisan yang menunggu untuk operation sangatlah panjang.. berbanding ngan hospital swasta, sebab dia mahal so ramai yang tanak gi sana, jadik petugas2 nih dapat fokus untuk memberikan yang terbaik kepada pesakit, lagipun pesakit bayar mahal2 kenalah jaga untuk bisnes diorang gak kan..

haa berbalik kepada kes Kolej atau Universiti.. apa yang penting adalah korang minat benda yang korang nak belajar tuh! itu key point yang pertama, pastuh tengok kat kolej atau universiti mana yang menawarkan kursus yang korang nak amik tuh.. then check ngan MQA (Agensi Kelayakan Malaysia) dulu, bukan korang tanya kat Universiti atau Kolej tuh "cik2, kursus nih dah dapat kelayakan MQA ke blum?" kompom2 laa diorang cakap dah dapat!! lagik2 kalau kolej2, mesti diorang cakap dah dapat punya, sebab diorang nak korang mendaftar kat tempat diorang, then diorang dapat duit, baru laa dapat gaji!! sebab benda nih aku dah terkena, aku tolong checkkan untuk adik aku kat satu Kolej Swasta nih, selamba2 jek dia letak lambang MQA kan kat flyers dia, aku tanya pegawai dia, "kak,kursus ni dah dapat tak MQA?" dia kata mesti lah dah, kalau tak kan dia berani letak lambang MQA, memang logik pun.. tapi aku tak puas hati sebab aku check kat website MQA takde pun dalam list kursus tuh! then aku pun call lah sorang pegawai kat MQA nih, nak kompomkan, barulah aku tau yang kolej tuh tak dapat lagik kelayakan penuh untuk kursus tuh!! kantoi!!!

haa tuh laa, check dulu ngan MQA baru buat keputusan, kalau tak nyesal nanti kang hehehehe jangan mudah terpedaya ngan flyers2 yang bertebaran.. point diorang memang senang jek! diorang akan cakap "TAK PERLU BAYAR YURAN PENGAJIAN" kepala hotak dia! memang laa tak kena bayar dulu tapi nanti kang dah keje bayar laa pinjaman PTPTN ke MARA ke, sama jek kat semua tempat pun, lain laa kalau dapat biasiswa ke atau biasiswa PAMA..

emm banyak lagik nak cakap pasal topik nih, tapi lenkali laa plak.. in conclusion, dari segi bagus ke tak tuh, Universiti ngan KOlej sama jek, cuma kos nak belajar tuh yang tinggi sikit untuk Kolej Swasta atau Universiti Swasta, tapi kalau kena dengan tempatnya memang korang akan puas hati dengan hasil dari belajar kat Universiti atau Kolej Swasta nih, macam yang aku kasik contoh Hospital tadi tu laa, lebih kurang laa ehehheheee yang penting check ngan MQA!!!

www.mqa.gov.my

adios amigos!!

h@nYu

1 comment:

  1. Hai All,

    Aku nak komen sikit sebab aku dah rasa both IPTA dan IPTS. Masa undergrad aku di UiTM, Postgrad aku buat kat MSU (kalau tak kenal MSU rajin-rajinlah Google).

    Kelebihannya IPTA selain daripada murah sikit kos tuitionnya, especially for those yang buat full time, mereka yang jadi pelajarnya memang adalah antara cream of the crop masa UPU dulu. Kalau tak dapat offer UPU, tak dapatlah masuk IPTA (biasanyalah). Yang saki bakinya, mereka yang hanya mampu dapat at least 3 credit core paper SPM terpaksalah enroll IPTS. Sudah tentu culture student yang terpilih dengan mereka yang 'kureng' terpilih lain macam langit dan bumi. Lecturernya pun sudah tentu yang betul-betul qualified dalam segi akademik, baru diserapkan jadi tenaga pengajar di IPTA. Budget IPTA pun lebih tinggi untuk tujuan-tujuan infrastruktur dan research sebab ada dana yang partly ditanggung kerajaan. Lagi satu, jangan lupa perception orang terhadap students IPTA ni, ia seolah-olah dilihat lebih berprestij untuk menggenggam sejulung ijazah cap IPTA. So, that's part of the reason IPTA menjadi pilihan utama especially for Malays.

    For non Malays, mereka mungkin kureng memilih IPTA kerana mereka lebih senang berada di IPTS, partly kerana culture di IPTA yang dilihat terlalu keMelayuan, dan tak dinafikan mereka lebih bersedia untuk membayar yuran yang tinggi disebabkan kemampuan kewangan yang lebih.

    Kekurangannya pulak, IPTA pada pandangan saya sekarang ni kebanyakannya dah rasa mereka dalam zon selesa dan dah tak competitive, baik dari segi students, akademik dan pengurusan. Ramai graduates dari IPTA sekarang, macam pernah dilaporkan dalam media, berlambak tapi tak ada kualiti. Mungkin ini disebabkan sebab mereka rasa there's nothing left to prove, we are already up here.

    Berbalik pula pada IPTS, memanglah mereka kekurangan dari bermacam-macam aspek. Ada yang nampak gah dari luar, tapi kat dalam, warganya aja yang lebih tahu. Sebab mereka ni profit making entities, sudah tentu kalau nampak cantik di pandangan prospective students, lebih ramai yang akan register. Dari situlah mereka nak cari duit, kan? Selain questionable MQA for their offered courses, lecturer pun ramai yang fresh grad. Muda dan inexperienced. Especially untuk program Sijil & Diploma. Kalau tengok lecturernya, orang luar confuse, eh ni student ke lecturer? Lecturer turnover relatively tinggi, dan itu belum masuk kerenah pihak pengurusan, etc.

    Tapi, kelebihannya, diorang are improving and making an effort to improve themselves. Mereka tak stagnant, dan are constantly on their toes. Banyak program yang diambil ada linkages with international universities yang boleh meluaskan option pelajar.

    Betul kata Hanyu, walau universiti manapun student tu belajar, kalau dia yang malas dan mankuk, kiok jugak akhirnya. Tapi IPTS kiok lebih sikitlah, sebab kena bayar yuran mahal.

    ReplyDelete